Saturday, 10 March 2012

saya 'GILA' pembalut hadiah

tak tau sejak bila saya kemaruk dengan pembalut hadiah.
Pantang betul kalau ternampak pembalut hadiah MESTI nak beli.
tapi...
Bila dah beli tak tau nak buat apa.
Sayang nak guna.... hehehehehe
Tak tau dari mana datangnya idea saya gunakan pembalut hadiah
itu semua untuk dijadikan sampul pelbagai guna.

saiz sampul ni kecik je
sampul ni saya buatkan khas utk papa dgn mama
sebabnya , bila hari ahad je mesti kecoh cari
sampul utk bagi duit dekat keluarga pengantin
sekarang dah tak kecoh2..

lawa tak??
ni sampul kegemaran saya(sebab coraknya lawa)



raya tahun lepas saya bagi dui raya guna sampul yang saya buat
mereka kata 'lawanya' (bodek nak duit raya lebih la tu)


yang ni saiz sederhana(tak jumpe pembaris utk ukur)
saiz yang biasa saya buat
jenuh juga nak buat
perlukan kesabaran


sampul ni pelbagai guna tau
boleh dijadikan sampul duit raya , sampul surat cinta dll




dengan otak geliga saya ni
saya paksa rela suruh adik saya jual sampul2 ni dekat
kawan2 dia
dapat la sikit duit
heheheheh

Saya dan skoliosis

Adakah anda tahu apakah itu SKOLIOSIS?
Skoliosis tulang belakang berbentuk 'S'

Ramai pesakit yang tidak menyedari dirinya bertulang belakang berbentuk 'S'.
Begitu juga dengan diri saya. Saya bertulang 'S'.
Saya menyedarinya apabila rakan saya berkata 'kenapa awak jalan nampak lain ye??'
Kebetulan ketika saya menonton WHI pada keesokan harinya tajuk yang sedang dibicrakan
adalah mengenai SKOLIOSIS.
Saya yang berasa musykil mengajak ibubapa saya pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan.
Selepas buat x-ray saya berjumpa dengan doktor pakar dan saya disahkan menghidap penyakit SKOLIOSIS.
Darjah atau sudut bengkok tulang saya ialah 25%.
Kemudian saya dipindahkan ke HKL.
Disana saya dicadangkan agar melakukan pembedahan yang menelan perbelanjaan 
sebanyak Rm 20 000.
Mana nak cari duit banyak itu???
20 sen saya ada la.
Dipendekkan cerita saya sudah redha. Itu tandanya Allah sayangkan saya. Saya hamba Allah yang istimewa (agaknya la ek.. hehehehehe)
Saya tak nak buat pembedahan , nak tau kenapa????
BERSAMBUNG...


Thursday, 8 March 2012

Friday, 30 September 2011

pencuci GIGI...??

Pd suatu pg cik gadis dan adiknya sdg bersiap utk pergike sekolah. Makin pantas masa berlalu makin kelam-kabut mereka berdua bersiap. Mandi dah sudah. Pakai baju dah sudah. Buku dah susun. pendek cerita semuanya dah siap cuma tinggal agenda memberus GIGI. Cik Gadis memcuci muka terlebih dahulu dan datang pula Si Adik utk menggosok gigi.

Sdg Cik Gadis mencuci muka..

Si Adik : Kakak, letaklah pencuci muka dkt berus gigi lepas tu gosok dkt muka. kan lbh cpt nanti???
Cik Gadis : Engkau buatlah dulu baru kakak buat.

Kami sama-sama ketawa. Cik Gadis mencapai berus gigi dan meletakkan ubat gigi dan dgn yakin Cik Gadis memasukkan ke dlm mulut utk menggosok gigi. Gosokan pertama, Cik Gadis TETIBA terasa sesuatu kelainan.

Cik Gadis : AAAAAAAHHHHHHHHH!!!!!!! TTTTTTTIIIIIIIDAK.... patut la rasa lain! Ni bkn UBAT     GIGI! Ni PENCUCI MUKA!!
Si Adik : Wahahahahahahahah.... Pdn muke... tak pe.. Lps ni gigi kakak lbh berseri.